Sebenarnya ramai di kalangan kita yang bangun awal
setiap hari untuk pergi bekerja. Tetapi pada hujung minggu ataupun pada
hari cuti kita tidur berlebihan daripada biasa. Segelintir daripada kita
akan tidur hingga ke tengahari dengan alasan untuk memperolehi kerehatan
sepenuhnya yang tidak di perolehi pada hari-hari bekerja.
Sebenarnya tindakkan ini adalah satu tindakkan yang salah. Mengikut
Timothy Rogers, Pengarah Pusat Kajian Masalah Tidur dari Hospital Henry Ford di
Detroit, beliau berkata cara tidur sedemikian rupa mengganggu pusingan
Biologi ataupun Biological Clock. Pusingan biologi dalam badan kita ini
sebenarnya mempengaruhi kesihatan dan kerehatan kita. Lantas andaikata
cara tidur kita seperti yang saya sebutkan tadi iaitu pada hari-hari bekerja
kita bangun awal secara rutin tetapi di hujung minggu atau cuti umum kita
tidak lagi mengikut jadual itu, kita bangun tidur lewat sebagai contohnya.
Maka cara tidur begitu merosakkan jam biologi yang terdapat dalam badan
kita. Natijah atau hasilnya ialah badan kita menjadi letih walaupun tidur
kita mencukupi.
Sebenarnya apa yang berlaku dalam diri kita. Yang berlaku ialah jika kita
bangun tidur tidak mengikut rutin biasa, pengeluaran hormon yang bernama
Cortisol terganggu. Hormon cortisol ini ialah hormon kecergasan. Bila kita
bangun dari tidur kemudian bergerak dan kita aktifkan diri kita, kita
sebenarnya di pengaruhi oleh hormon cortisol. Hormon ini di keluarkan oleh
badan pada waktu-waktu tertentu sebagai contoh andaikata kita bangun tidur
pada pukul 6 pagi, maka hormon ini akan dikeluarkan oleh badan lebih
kurang pada pukul 3 pagi sebagai persiapan untuk kita bangun dan aktif.
Lantas badan kita akan terus mengeluarkan hormon kecergasan ini pada pukul
3 pagi andaikata di setiap pagi kita bangun tidur pada pukul 6 pagi. Jika
rutin ini kita hormati insyaallah kita akan cergas dan tidak akan letih.
Sebaliknya andaikata kita tidak bangun tidur pada pukul 6 pagi sedangkan
hormon kita menjangkakan kita akan bangun tidur pukul 6 pagi dan ia telah
keluarkan hormon pada pukul 3 pagi. Tiba-tiba kita tidak mengikut rutin
itu. Pada suatu ketika kita bangun tidur pada pukul 10 pagi, akan berlaku
gangguan pada badan kita. ketika itulah kita keletihan.
Sebenarnya latihan yang kita ambil daripada Ramadhan cukup indah dan
cantik. kita bangun tidur pada waktu sahur. Ini sebenarnya latihan islam.
Latihan yang sepatutnya kita sambung di luar musim Ramadhan. Selama lebih
kurang sebulan kita bangun tidur di waktu sahur, katakanlah lebih kurang
pukul 5 pagi. Waktu sahur ini satu waktu yang barakah. Waktu yang di
penuhi rahmat. Sebab dalam Al-Quran, lebih khusus dalam Surah Al-Imran. Allah swt
memuji satu golongan manusia. Allah berkata bahawa golongan manusiaseperti
ini dikasihi aku kata Allah. Satu diantara ciri yang ada pada mereka ialah
Wal mus taqfirin nabil azhar, Mereka bangun tidur diwaktu sahur.
Kalimat Al-Quran, Azhar ertinya waktu sahur. Mereka bangun tidur diwaktu
sahur dan meminta ampun kepada Allah diwaktu itu. Lantas andaikata kita
bangun tidur setiap hari pada waktu sahur lebih kurang pukul 5 atau 5.30
pagi dan ini berterusan setiap hari, tidak hanya di musim Ramadhan. Kita
mengambil kesempatan bangun di waktu sahur untuk beristiqhfar kepada Allah,
meminta ampun, berdoa, bermunajat dan mungkin juga kita bersolat tahajjud,
bersolat hajat bermohon kepada Allah meminta segalah kebaikkan atau hasanah
di dunia ataupun di akhirat. Masyaallah kita insan yang special disisi
Allah dan di dunia sebab dengan cara demikian hormon cortisol kita akan di
keluarkan oleh badan secara rutin tanpa terganggu dan natijah daripada itu
jadilah kita insan yang cergas, sihat, tidak hanya sihat fizikal juga
sihat spiritual.
Sayangnya latihan Ramadhan yang telah kita hayati sebelum ini kita
rosakkan
di musim Syawal. Ramai yang tidak lagi bangun tidur awal di waktu sahur
bila kita masukki Syawal. Ada setengahnya subuh pun tidak sembahyang,
tetapi di musim Ramadhan dia alhamdulillah melaksanakan solat subuh sebab
dia bangun awal. Di sebelah malamnya dia bersolat Tarawih. Masuk Syawal
memang tidak ada tarawih, namun kita wajib melaksanakan solat yang lima.
Solat yang lima itupun tidak dia lakukannya. Solat subuh pun dia tidak
melakukannya. Ketika itu dia mendapat 2 kerugian. Kerugian pertama ialah
ruhnya tidak lagi bercahaya. Kedua dia tidak lagi menjadi insan yang sihat
sebab waktu tidurnya sudah berubah. Ketika itu pengeluaran hormon
kecergasannya terganggu. Dia rugi spiritual dan jasadiah.
Justeru tuan-tuan dan puan-puan yang saya muliakan, marilah kita hayati
ajaran islam yang telah kita laksanakan sebelum ini. Jangan jadi golongan
yang sekejap buat baik, sekejap buat jahat. Sekejap bangun awal di waktu
sahur sekejap melupakan sahur. Sekejap melaksanakan solat secara berlebihan
pada suatu ketika yang lain langsung tidak bersolat. Itulah formula kepada
kerugian dan kehancuran. Semoga insyaallah kita menjadi insan yang
berdisiplin dan kita juga insyaallah menjadi insan yang mengambil iktibar
daripada ibadah yang di tuntut oleh agama islam kita yang suci lagi murni insyaallah.
PUNCA BADAN MENJADI LETIH
Posted by ʇɐɟoɹq-ǝɥʇ at 11:12 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Diseño e iconos por N.Design Studio | A Blogger por Blog and Web

0 comments:
Post a Comment